Taro Kode Iklan

Kumpulan Kalam Ulama 2

Akufal - Perlu diketahui sebelumnya Kumpulan tulisan ini merupakan hasil jerih payah dari Channel Telegram https://t.me/kalam_ulama yang dibuat pada tahun 2016, saya ingin membagikan untaian dakwah yang ada di Channel tersebut agar lebih terjangkau luas kemanfaatan-nya...

Semoga kita dipermudah untuk mengamalkan nya dalam kehidupan sehari-hari, Aamiin...

Pesan Ulama

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Siapa yang tidak bertambah Imannya dengan disebabkan ketaatan yang dia lakukan, maka orang tersebut ada dua keadaan. Iaitu kerana kelemahan Imannya atau kerana rosaknya dalam amalannya."

[Habib Abdurrahman Bin Ahmad Bin Abdul Qadir As-Seggaf]

"Perbetulkan niat kalian ketika hadir di majlis-majlis ilmu. Jikalau niatnya baik, maka baiklah jadinya. Dan hendaklah kamu beramal dengan ilmu yang kamu perolehi, kerana mengikuti ilmu terhadap seseorang itu adalah amalannya."

[Habib Ali Bin Muhammad Al-Haddad]


Kalam Ulama

Seseorang bertanya kepada Al-Habib Kadzim Ja'afar Al-Saggaf:
"Ya Habib, mengapa seseorang yang sentiasa berzikir dan mendirikan solat itu tetap melakukan maksiat dan dosa?"

Maka jawab Al-Habib Kadzim Ja'afar Al-Saggaf: "Kita kena ingat, manusia ini mempunyai 4 musuh iaitu: orang kafir yang ingin menjatuhkan Islam, orang munafiq yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap dirimu, syaitan, dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak dirimu untuk melakukan kejahatan."

[Habib Kadzim Ja'afar Al-Saggaf]

"Jangan masuk ke medan dakwah, kecuali engkau memperoleh ilmu yang cukup.

Bertapa banyak para pendakwah yang jahil, apabila mereka ditanya kemudian berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka tersesat dan menyesatkan."

[Habib Salim bin Abdullah bin Umar Asy-Syathiri]

"Adab dan akhlak adalah perkara yang amat penting didalam agama. Adab kita penuntut ilmu pada ilmu pula, umpamanya walaupun mendengar ilmu itu sudah beribu kali. Apabila tidak jemuh Allah سبحانه وتعالى akan tambah ilmu lain yang tidak kita ketahui."

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

"Janganlah kamu mencari-cari keburukkan orang lain, kerana perbuatan ini adalah salah satu daripada cabang nifaq. Dan berbaik sangka terhadap orang lain itu adalah salah satu daripada cabang keimanan."

[Al-Imam Syeikh Abul Hasan As-Syadzili Rahimahullah Taala]

Postingan terkait:

Share this post

Get Short URL loading short url

Reactions:

Next Post Prev Post

Seorang Blogger Pemula, Web Designer, dan Pecinta dunia Open Source yang tidak mau berhenti belajar


Comments
0 Comments

Saya tunggu Komentar anda yang Amazing! Jangan Lupa centang Notify Me agar dapat pemberitahuan lebih lanjut


Emoticon

Taro Kode Iklan

©© -